Saturday, 30 July 2011

RAMADHAN TIBA LAGI...




Yeayy, esok 1 ogos bsamaan dgn 1 ramadhan..
Bulan puasa menjelma lg..
Bestnya, xsaba nak bpuasa thun nih..
Hope dpt kekuatan utk bpuasa penuh thn ni..
Insyallah ^_^

Ehmm.. Smua dh ready ke nk puasa esk?
Kurma dh ada, groceries dh shoping dh..
Mlm ni kna stat msk utk sahur pg esok. .
Mak buyung nih xsaba nk puasa..
Tp, tahun ni nk terawih dh xlarat dh..
Huhu..

posted from Bloggeroid

Saturday, 23 July 2011

BABY: 29 weeks




19-25 july 2011

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.

Check list umi for dis week:
* kuat berpeluh
* kuat tido
* emosional
* kerap cherry berry
* baby xtif kick perut umi
* ada sengal2 gigi

posted from Bloggeroid

Friday, 15 July 2011

BABY: 28 Weeks




10-16 july 2011


Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester..

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.

Check list umi 4 dis week:
* baby gerak ok
* kuat berpeluh
* tido mlm xbape lena
* rasa lesu

posted from Bloggeroid

Friday, 8 July 2011

BABY: 27 Weeks




3-9 july 2011


Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

Check list umi 4 dis week :
* emosional
* cpt penat
* discharge coklat dah xde
* sakit pinggang kdg2

posted from Bloggeroid

Friday, 1 July 2011

BABY: 26weeks

27-3 July 2011




Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.

checklist umi for dis week:
* kerap pening kpala
* selera mkn tinggi
* byk discharge
* ngantuk
* kuat bpeluh
* sensitif

posted from Bloggeroid

Thursday, 30 June 2011

Antenatal care @ KPMC







Hmmm.. Arini, mizztiey got an appoinment wit my gynae, Prof Jamil..
Mizztiey kena follow up utk kes aritu..
Cam biasa, prof jamil scan detail baby..
Monitor size baby, jantung baby, kedudukan baby & air ketuban..
Alhamdulillah, everythings ok..
Baby mizztiey grow ikut masa..

Prof. Jamil advise mizztiey supaya byk berehat..
Jgn byk bergerak & buat keje berat2..
So, kena take alert laa dgn nsihat doc tuh..
Arini dpt 2 jns ubt..
Vitamin & juga ubt utk insert dlm 'tutt'..
Baby ibu nih suka jmpa doc erk..
Nnt bsr jd doc yer baby.. ^__^







posted from Bloggeroid

Wednesday, 29 June 2011

PERISTIWA ISRAK MI'RAJ (27 REJAB)

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka...
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai..
Hal ini berlaku berulang-ulang..Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak..

* Tempat yang berbau harum.. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka..
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula..
Demikian dilakukan berkali-kali..Jibrail memberitahu Rasulullah:
Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)..

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu..
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`..

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu& dia tak terdaya memikulnya, tp ditambah lagi kayu yg lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa..
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka..
Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit..
Tak dapat dimasukinya semula lubang itu..
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur),Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan..
Rasulullah tidak memperdulikannya.,
Kata Jibrail: Itulah dunia.,Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti..
Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya..
Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu..
Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya..
Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul..
Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah)..

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu "LAHAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"..
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM..
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga..
Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha..
Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.
Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

iix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan..

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar..Engkau berkata-kata dengan Musa.. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin..
Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil..Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan..

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi S.A.W langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.W.T

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

posted from Bloggeroid

Sunday, 26 June 2011

BABY: 25weeks

20-26 Jun 2011



Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat.

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit.

check list umi for dis week:
* sakit gigi
* byk keluar discharge
* 22 jun admit ke ward sbb ada keluar cecair coklat (doc ckp air ketuban leaking)
* sensitif

posted from Bloggeroid

Friday, 24 June 2011

3rd day @ KPMC

Hari ke-3 kt ward.. Hopefully arini dpt dscharge laa.. Doc mimi dtg pantau kul 8am, mizztiey tya doc, leh x mizztiey kua arini.. Mula2 doc mimi xbg kua lg.. Tp, mizztiey minx blk gak laa.. Doc mimi ckp nnt dia dscuss dgn doc jamil..

Lbh krg kul 10am doc jamil dtg pantau dgn doc mimi, disebabkan wad penuh, ada patient nk msuk.. Mizztiey dibenarkan blk, yipee! ! Sonok sgt.. Tp, doc jamil psn suh bedrest jer kt umah, jgn byk wt keje & gerak2.. Klu x, dia xbg mizztiey blk.. Hihi.. Tggu pye tggu, diaorg bg prmission kua lps jumaat.. Tggu jelaa lps jumaat, diaorg nk bg mkn tghri dlu... Akak katil sblh dh pndah ke single bed sbb esk dia kena c-zer even kandungan 35 weeks sbb bp dia xturun2.. So, kt katil sblh tu ada patient baru, dia nak delivered dh, dh bukak 3cm.. Msa tuh mizztiey tgk jelaa nurses pantau keadaan dia.. Siap psg alat CTG lg, dh nak smpi msa.. Dgr gak dia cam menahan sakit.. Mmg sakit bsalin nih xleh nk gambarkan..

Lbh krg kul 3pm mizztiey dh boleh kua.. Total bill smua rm457.. Ari khamis nnt kena dtg follow up dgn doc jamil.. Bedrest k yer mizztiey kt umah!!! Lps tuh kami ke cyberjaya, my hubs nk amik offer letter kt cyberview.. Msa nk blk ke kajang tuh, mak aiiii, kali lenguh xingt wpun kjp jer dok dlm kete... Ape2pun lps nih kena mkn nsi bungkus & keje2 umah smua my hubs la yg kena take over! ! Sian dia..








Letih sgt my hubs tuh! !!

posted from Bloggeroid

Thursday, 23 June 2011

2nd day @ KPMC

Hmmm.. 2nd day kt ward nih buatkan mizztiey busannnn.. Lucky ada tab nih, ada gak bnda yg bleh digodek2.. Nk tgk tv rsa cam boring sgt, nk jln2.. Mmg xpyh mimpi laa.. Dok ats katil & bedrest je.. Nurse kua masuk amik bacaan bp.. Naseb baik bp mizztiey ok..alhamdulillah..

Smlm naseb baik my hubby teman kt hspital, sian dia tdo lena xlena kt katil sblh.. Pagi nih my hubs blk kejap & kul 9am nnt dtg lg.. Lbh krg kul 7.30am, meal for bfast smpi, mkn sandwich & air milo jer.. Best gak.. Ubat pun smpi gak, kena laa mkn..huhu..

Kul 8.10am doc mimi dtg ward pantau.. Dia tya ada kua lg x air tuh? Mizztiey jwb laa yg air xde kua dh tp ada brownish spotting tu ada laa.. Ok, dia ckp kul 10am nnt nk scan tgk.. Lbh kurg kul 9.30am my hubs smpi dgn nsi lemak & kuih karipapnya tuh.. Lps mkn xreti nk dok diam, cam boring jer dia jga bini dia nih, mula laa kta nk kua kejap cri paper laa, ape laa.. Boring agknya dia.. Mizztiey ni byk sshkan dia agknya..

Kul 10am doc mimi pggl g wat scan, nurse dtg bwk wheel chair, naik wheel chair pegi GF.. Tp, my hubs xde msa tuh, dia kua.. Kena la msuk sengsorang, sedih gak msa tuh.. Cam xde org nk care pun.. :-(
Doc mimi scan baby & tgk keadaan baby, air ketuban smua.. Dia ckp smua ok, xde mslh.. Alhamdulillah..
Doc mimi ckp mizztiey mayb kena infections.. So, kena hati2 jelaa.. Xleh kua ward lg arini, huhu..

Mizztiey msuk blk & tgk ada jiran baru 2org, mknanya katil dh full.. Smlm mizztiey sorang jer, yg akak kt sblh mizztiey tuh kena darah tinggi xturun2.. Yg sorang lg tuh bleeding msuk 4bln.. Macam2 org pegnent nih..kdg2 mizztieypun pk, kuat ke mizztiey nk tempuh dugaan nih.. Kdg2 mizztiey down sgt2,
Mizztiey pndam sorang2.. Xtau nk share dgn sape... Since early pegnant smpi la dh nk msuk 7 bln nih, dugaan btimpa2, mizztiey redha dgn sgala ketentuan ALLAH sbb mizztiey tau pasti ada hikmah disebalik smua dugaan nih.. Skang nih mizztiey kena kuat semangat jer.. Hopefully, penantian mizztiey berakhir dgn berita gembira.. InsyALLAH..

YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA KUASA KE ATAS SELURUH HAMBANYA, AKU BERMOHON PADAMU.. KAU LINDUNGILAH KANDUNGANKU INI DARI SEGALA BAHAYA DAN KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK PADA ANAKKU INI AGAR ANAKKU DAPAT MEMBESAR DGN BAIK, SIHAT & SEMPURNA DALAM RAHIMKU INI SELAMA 9 BULAN & KAU PANJANGKAN UMURNYA AGAR LAHIRNYA MENJADI ANAK YANG SOLEH..AMINN

posted from Bloggeroid